Make your own free website on Tripod.com
  
 
Anugerah homepage terbaikSelamat datang ke homepage saya.Saya harap anda menyukainya dan melungsuri homepage ini dengan hati yang gembira.Saya sebenarnya ingin mempertajamkan ilmu yang dipelajari melalui rakan-rakan dan maklumat di dalam internet sebagai satu cabaran kepada saya untuk memperkembangkan bahasa Melayu.Pertama sekali eloklah saya memperkenalkan diri saya dahulu…..Nama saya ialah Faizul Insani Ahmad.Kampung saya terletak di Alor Setar,Kedah Darul Aman.Di dalam homepage yang tidak seberapa ini eloklah saya mengemukakan dahulu maklumat tentang diri saya seperti di bawah ini:

Nama :Faizul Insani Ahmad

Tarikh lahir:8.6…

Kegemaran:Memancing dan merekacipta homepage(apa-apa perkara tentang internet)

Kampung: Alor Setar,Kedah Darul Aman.

 

Untuk permulaan homepage ini saya ada menyenaraikan beberapa maklumat yang saya rasa berguna kepada anda dan juga saya harap ianya dapat membantu anda dalam mencari ilmu.Homepage saya mengandungi biodata tentang diri saya sendiri,sukan,ilmu pendidikan dan juga pelbagai lagi.Kebanyakan maklumat ini ada sesetengahnya yang saya links ke homepage lain dan saya harap anda tidak jemu untuk menerokainya..

 

 Untuk mempelajari perkara yang baik tentang internet memang mudah.Ini kerana pelbagai maklumat disediakan,dan hanya perlu membaca,memahami dan mempraktikkannya.Apa yang saya rasa penting untuk anda pelajari ialah asas-asas bahasa HTML (walaupun saya masih lemah lagi), memahami Javascript,mengetahui cara untuk upload dan download file dan sebagainya.Dibawah ini saya senaraikan beberapa link yang saya penting untuk anda seperti..

 Rujukan Bahasa Melayu (tempat saya belajar)
 Homepage Abdul Hamid
 Rujukan tentang ping-pong (versi Melayu)
 Rujukan tentang internet(Java,html dan sebagainya)
 Enjin pencari maklumat canggih
 Maklumat tentang internet melalui rancangan tv
 Maklumat tentang antivirus
 Homepage Midi Files
 Penilaian untuk homepage anda?!! 
 

Gambar saya
Hero hensem Ini adalah diri saya yang sebenar.Tapi ia akan berubah mengikut masa.
 

 Logo Institut Bahasa Melayu MalaysiaIni adalah lambang maktab saya yang terletak di Lembah Pantai.Saya amat menghargai apa yang pensyarah saya ajarkan ilmu kepada saya.Terima kasih IBMM.

Gambar institusi pengajian sayaIni adalah pemandangan dari luar bangunan pentadbiran maktab saya.Institut Bahasa Melayu Malaysia,Lembah Pantai,Kuala Lumpur.
 
 
Kembali Ke Muka Depan
Pergi laman sebelah