Make your own free website on Tripod.com


Seks oral tak digalakkan


SAYA ingin bertanya, apa hukum bagi pasangan suami isteri yang sah melakukan ‘seks oral’. Adakah ia berdosa atau tidak?

SERI,
Gombak.


TIADA larangan khusus dalam perkara ini bagi pasangan suami isteri. Bagaimanapun, sekiranya boleh lebih baik tidak diamalkan kerana dikhuatiri ada kemudaratan dan juga takut-takut tertelan najis seperti mazi atau air mani.



ana ada kemusyikilan,
adakah hubungan seks oral dbenarkan dalam islam..??..
adakah benar dakwaan sesetengah pihak bahwa seks oral ni lebih sellamt dari seks normal..(melalu faraj)..
sekiranya ia dibenarkan ..macam mana pula jika pasangan yg melakuakn seks tersebut..semasa proses tersebut isterinya tertelan air mani sang suami..?adakah ini dbenarkan dalam islam>>?

kerana air mani itu adalah suci..??
satu lagi bagi lelaki pula,adakah dbenarkan menghisap puting isterinya..semasa melakukan seks..dan dalam proses tersebut dia telah menelan susu dari tetek isterinya...?..adakh haram menelan susu isterinya kerana susu tersebut dciptakan untuk anak2nya...??

last,bagaimana pula jika sang suami melakukan seks dengan menjilat2 faraj isterinya...??adakah dbolehkan..??

jika air mani boleh dtelan macam mana pula jika tertelan air mazi..??

mohon penjelasan..??

###ana nak minta maaf sebab apa yg ana tulis tu terlalu open sangat tetapi demi menuntut ilmu kita perlu berfikiran terbuka...??...mohon penjelasan...



dalam melakukan jimak antara suami dan isteri, Allah memberikan kebebasan bagi keduanya untuk menikmatinya sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut selera masing-masing. Di dalam Al Quran pun ada disebutkan bahawa isteri-isteri kamu bagaikan kebun-kebun atau ladang bagimu, terserahlah kepadamu untuk bercucuk tanam diatas ladang tersebut. Namun begitu di dalam Al Quran juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika sedang haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.
Mengenai perkara meminum susu isteri dengan sengaja merupakan perbuatan yang menyalahi tabi'i atau fitrah seorang suami. Sesungguhnya yang layak meminum susu seorang wanita itu adalah anak-anaknya, namun jika peranan anak telah diambil oleh ayah ini merupakan penyelewengan dan tergolong dalam aniaya



satu perkara yang diperselisihkan di kalangan ulamak. Sesetengahnya berpendapat makruh berbuat demikian kerana ia boleh mewarisi penyakit buta dan ia juga melambangkan kurang kesopanan antara suami dan isteri.

Sesetengahnya pula berpendapat perbuatan tersebut dibenarkan oleh syarak berdasarkan umumnya ayat di atas. Pendapat ini dinukilkan dari imam An-Nawawi dan juga imam Al-Qurtubi. Pengarang kitab Ahkam Al-Awrat dan An-Nazar berpendapat dibenarkan berbuat apa sahaja kepada suami isteri yang sudah sah perkahwinannya.

Kesimpulannya para ulamak masih berselisih pendapat tentang hukum di atas di antara yang mengharuskannya dengan yang memakruhkannya. Apa yang jelas ialah Nabi SAW ketika bersama dengan Aisyah RA tidak pernah melihat alat kelaminnya sebagaimana Aisyah juga tidak pernah melihat alat kelamin nabi SAW. Inilah adab sopan yang sewajarnya diikuti.


Nama: Mohon dirahsiakan
Soalan:
1.Apakah hukum meminum susu isteri dengan sengaja.
2.Apakah hukum ister menghisap kemaluan suami dan suami menjilat kemaluan 
isteri

------------------------------------

Jawab:

Peringatan al_AHkam: Persoalan di atas agak bizzare (memeranjatkan) bagi 
sesetengah pihak, tapi Islam tidak menganggapnya suatu yang jijik kerana ia 
telah menjadi suatu isu yang agak menonjol akhir-akhir ini dengan kemasukan 
revolusi internet dan umat Islam telah terdedah kepada suatu bentuk hubungan 
seks yang menjadi norm di Barat. Walaupun berat al_aHkam dengan penuh 
tanggungjawab akan berusaha menjawabnya.
Menjawab soalan pertama:

1. Meminum susu isteri dengan sengaja atau sengaja tidaklah menjadi apa-apa 
larangan dalam Islam. Pertamanya tiada nas yang melarangnya. Kedua: hukum 
saudara susuan itu terhad kepada bayi yang berumur dalam lingkungan umur 
susuan (bawah dua tahun) dan ia tidak melibatkan orang dewasa. Ketiga: suami 
yang meminum susu isteri itu bukanlah berniat untuk mendapatkan status 
susuan melainkan terminum kerana aktiviti ranjang sahaja. (Pandangan 
Qardhawi dlm Fatawa Mu'asirat)

Persoalan kedua:

2. Hukum oral seks (Pasangan menggunakan teknik oral untuk merangsang alat 
kelamin masing-masing)

Prof Dr Abd Hayy dalam Kolumnya di Mingguan Malaysia membuat ulasan panjang 
lebar dalam isu ini. Prof alQaradawi pernah diajukan soalan oral seks semasa 
kunjungannya ke USA pada tahun 1996 dari masyarakat Islam USA.

Jawapan mereka agak sama, bahawa isu ini amat sulit dijawab kerana ia 
melibatkan suatu perkara yang didiamkan oleh syara' dan terdapat ayat umum 
yang boleh ditafsir dengan luas. Ayat yang dimaksudkan ialah ayat 223: 
alBaqarah "isteri-isteri kamu ibarat ladang, maka kerjakanlah ladangmu itu 
semahu engkau."

Manakala dari alhadis hanya menyebut larangan menyetubuhi isteri semasa 
haidh dan anal seks (seks pada dubur isteri)

Mereka menyarankan kita kembali kepada isu uruf dan budaya. Juga isu adab 
dan akhlak yang dibahaskan oleh fuqaha' mengenai adab ranjang yang 
menjelaskan Islam menggariskan satu budaya luhur yang meliputi adab di bilik 
tidur yang mencerminkan seks bukanlah sesuatu yang dibiarkan oleh Islam 
tanpa ada adab dan etika sebagai mencerminkan ketinggian peradaban Islam.

alQardhawi berpendapat oral seks dilakukan oleh sebuah masyarakat yang amat 
terdedah dan terbuka dalam soal aurat harian dan seks. Masyarakat Barat 
terpaksa memerlukan lebih rangsangan seks kerana mereka adalah sebuah budaya 
yang sudah biasa dengan pendedahan aurat dan tersibar luasnya budaya seks 
bebas dalam masyarakatnya. Tetapi masyarakat Islam tidak memerlukannya 
kerana masyarakat Islam ialah masyarakat yang tertutup auratnya. Namun 
mereka menyerahkan kepada umat Islam kerana mereka berdiri di atas dasar 
hukum tiada nas yang sarih dan qat'iy menegahnya. Disamping itu baik isteri 
atau suami hendaklah melakukan dengan rela, tanpa ada unsur paksaan, 
misalnya suami memaksa isterinya melakukan seks oral di luar kerelaanya. Ini 
suatu yang bentuk seks yang ditegah oleh syara'.

sekian
thtl/al_AHkam

>From: "Harisfazillah Jamel" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* pertanyaan cara 69 .....
>Date: Tue, 13 Feb 2001 08:52:55 +0800
>
>
>Assalamualaikum,
>
>Haris bersetuju dengan pendapat bahawa
>seks itu tidaklah kotor. Cara dan adab kita
>yang menyebabkan ianya kotor.
>
>Salah satu adab dalam Islam ialah kita
>sembunyikan atau diamkan apa yang kita
>lakukan antara kita dan isteri kita.
>It just between you and her. Bagi Haris
>ia terlalu peribadi untuk dikongsikan
>kepada orang lain.
>
>Bagi Haris perbincangan tentang cara atau stail
>kita melakukannya adalah diluar kumpulan
>diskusi ini kerana ini diskusi umum.
>
>Masih ada Taboo dan adab yang kita perlu jaga.
>
>Bukanlah Haris menolak tentang perbincangan
>ini. Bila hal-hal ini dibangkitkan dalam
>kumpulan perbincangan umum sebegini pasti
>ada jawapan yang diluar penerimaan kumpulan
>diskusi.
>
>Jika mahu berbincang juga. Carilah perkataan
>yang diterima pakai umum dan orang lain
>tidak rasa malu untuk membacanya.
>
>Atau email terus kepada yang bertanya, jika
>anda rasakan jawapan anda menyinggung
>perasaan orang lain.
>
>Bila membicarakan soal adab dan cara. Apa
>jua cara yang kita ingin lakukan biarlah
>ia diterima oleh kedua-dua belah pihak.
>
>Ada pasangan tidak sanggup melakukan, jangan
>memaksa. Seks adalah luahan kasih sayang dan cinta.
>Bukan turutan nafsu.
>
>Haris tidak membaca dimana-mana lagi sama ada cara
>ini diterima atau ditegah. Jika ada yang pasti
>sila kemukakan disini. Namun begitu jika
>kita memaksa sesuatu kepada pasangan kita maka
>perkara itu sudah jadi haram.
>
>Betulkan Haris jika salah.
>
>Wassalam.
>
>: )
>
>Azmi wrote:
> >
> >
> > YA RIGHT, MATE!!!!
> > thanks fr the info...


Bersetubuh ketika isteri dalam haid

Soalan :

Assalammualaikum w.h.b....saudara..

  Saya merupakan seorang lelaki yang baru sahaja mendirikan rumahtangga.Saya menghadapi sedikit kemusykilan mengenai hubungan dengan isteri saya dimana pada suatu hari kami telah mengadakan hubungan seks dan apa yang menjadi kemusykilan pada kami adalah selepas kami selesai melakukan hubungan seks isteri saya mendapati ada tanda kemerahan((keputihan yang telah beku) sedikit sahaja)pada seluar dalamnya yang menunjukkan yang beliau telah datang haid.Walaubagaimanapun tiada tanda-tanda yang biasa di alami oleh isteri saya sebelum kami melakukan hubungan seperti sakit perut dsb. dan kami benar-benar tidak mengetahuinya.Adakah saya telah melakukan dosa melakukan hubungan jenis ketika isteri sedang haid.....sedangkan saya dan isteri benar-benar tidak mengetahui kedatanganya.

Terima kasih...


Jawapan :

 

Sebelum saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh saudara itu, elok juga sekiranya saya menerangkan secara ilmiah berhubung dengan persoalan haid yang menjadi kemusykilan itu.

Haid ialah darah yang keluar dari rahim wanita yang telah baligh dalam keadaan sihat tanpa sebab-sebab tertentu pada waktu yang diketahui.

Jarak masa keluarnya yang paling singkat ialah sehari semalam secara berterusan atau bersambung-sambung. Atau dalam ertikata yang lain, tempoh di antara mula keluar darah tersebut dengan berhentinya tidak kurang daripada satu hari dan satu malam. Ertinya, sekiranya ia kurang daripada tempoh tersebut, maka ia bukanlah darah haid. Kemungkinan ia darah 'istihadhah' atau darah dengan sebab yang lain. Pada keadaan seperti ini, wanita itu wajib mengqada sembahyangnya sekiranya ada yang terluput.

Tempoh yang paling lama bagi setengah wanita yang kedatangan haid ialah 15 hari ( serta malamnya) walaupun adakalanya haid itu datang secara berputus-putus.

Kebiasaannya bagi kebanyakan wanita, tempoh haid mereka hanya enam hari atau seminggu sahaja.

Adakah diharuskan bagi suami melakukan hubungan seks (berjimak) dengan isterinya yang kedatangan haid?

Tidak harus (haram) bagi suami melakukan hubungan seks dengan isterinya yang didatangi haid dan nifas sehinggalah kedua-dua darah itu terhenti dengan sendirinya dan melakukan mandi hadas. Hukum ini dinyatakan di dalm surah Al Baqarah ayat 222.

Menurut Imam Al Ghazali, melakukan hubungan seks sebelum isteri melaksanakan mandi hadas (selepas haid terhenti) boleh mewariskan penyakit kusta ke atas anak yang lahir hasil hubungan seks tersebut.

Jadi, mengadakan hubungan seks dengan isteri ketika didatangi haid adalah haram dan termasuk di antara dosa-dosa besar. Hukum ini bagi suami yang melakukannya secara sengaja, mengikut kehendak hatinya dan tahu hukum haramnya tanpa menghalalkannya. Sekiranya dia menghalalkannya, maka dia jatuh kufur. Wal'iyazubillah.

Menurut Imam An Nawawi di dalam Raudhah At Thalibin, sekiranya seorang suami menjimak isterinya ketika didatangi haid dengan sengaja dan tahu hukum haramnya, terdapat dua pendapat ( dalam Mazhab Asy Shafie). Pendapat yang masyhur ialah si suami tidak dikenakan apa-apa hukuman, dia hanya perlu beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Disunatkan juga dia bersedekah dengan kadar satu dinar (wang emas di zaman dulu) sekiranya jimak itu dilakukan ketika haid baru keluar dan setengah dinar sekiranya haid hampir berhenti. Isteri tidak dikenakan apa-apa.

Sekali lagi diingatkan hukum di atas bagi suami yang melakukannya secara sengaja, tahu hukumnya dan tidak ada paksaan ke atasnya. Tetapi sekiranya suami isteri itu jahil, terlupa atau dipaksa, maka mereka tidaklah berdosa kerana terdapat sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah memaafkan ke atas umatku kesilapan, kelupaan dan apa yang berlaku secara paksaan".

Kesimpulan yang boleh dibuat ke atas perkara yang berlaku ke atas saudara tersebut seperti berikut :

 - Darah yang keluar itu bukanlah darah haid, kerana ia keluar dalam tempoh yang singkat daripada tempoh sekurang-kurang haid dan tidak disedari. Darah itu berkemungkinan darah istihadhah atau kerana terluka atau sebab-sebab yang lain.

 - Seandainya itu darah haidpun, perhubungan seks dengan isteri saudara tadi tidaklah berdosa kerana darah yang keluar itu tidak disedari dan perkara itu dikira 'kesilapan' yang dimaafkan sepertimana yang tersebut di dalam hadis tadi.

Wallahu Ta'ala A'lam.

Rujukan :

Imam Al Khatib Asy Syarbini : Mughni al Muhtaj.
Imam Al Hushni : Kifayah al Akhyar .
Imam An Nawawi : Raudhah at Thalibin


HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Soalan :

Assalamualaikum,

 Saya dari Kuala Lumpur, sudah berkahwin dan ada 2 anak.

1. Sejak kebelakangan ini, isteri saya selalu mengelak untuk bersetubuh dengan saya. Biasanya bila tiba masa yang sesuai, dia akan bagi 'hint' yang dia tidak bersedia untuk itu. Saya faham mungkin dia betul letih bekerja atau kerana terlalu kerap melakukannya atau kurang suka mandi tengah malam. Paling lama pun 10 hari sekali kami 'bersama' tapi sekali-sekala 2 kali seminggu bila moodnya elok. Biasanya seminggu sekali. Ini kadang-kadang membuatkan saya tidak dapat menahan nafsu saya dan ada masanya saya melancap sendiri. Betulkah tindakan yang saya selalu ambil ini atau perlukah saya memujuknya untuk 'bersama' dengan lebih kerap?

2. Kadang-kadang, saya ingin sekali merasa isteri saya bermain-main zakar saya dengan mulutnya sehingga terpancut mani. Bolehkah saya memintanya berbuat demikian atau ianya hanya satu bisikan syaitan yang tidak patut kami lakukan dan saya perlu memohon doa agar keinginan sebegitu dijauhkan dari saya? Saya pernah memintanya bermain-main zakar saya dengan tangannya sehingga terpancut tapi kami merasa ragu-ragu jika ini adalah perbuatan yang tidak patut kami lakukan. Tapi sekurang-kurangnya, tindakan ini mengurangkan kemungkinan kami memperoleh anak lagi. Kami ini tidak berduit tapi banyak berhutang jadi kami memang mengelak untuk mendapat anak lagi. Isteri saya kurang selesa saya memakai kondom dan juga kurang setuju kalau dia terpaksa makan pil perancang.

 Saya harap tuan dapat menjawab kemusykilan saya ini. Wassalam

Hamba Allah


Jawapan :

Alhamdulillah di atas soalan yang telah diberikan, didoakan semoga saudara/saudari tidak segan silu untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang yang lebih tahu. Benarlah kata-kata ulama` "tiada perasan malu dalam mendalami ilmu agama",kerana itu jugalah Saidatina Aishah memuji para wanita Ansar di atas sikap mereka yang suka bertanya &ldots;.dengan katanya ( Semoga Allah merahmati wanita Ansar,mereka tidak malu untuk bertanya dan menambah pengetahuan mereka dalam agama ) walaupun dalam perkara yang menyentuh persoalan-persoalan sulit hubungan suami isteri.

Hubungan antara suami isteri merupakan satu perkara penting dan utama dalam menjamin kelangsungan ikatan rumahtangga. Kepincangan dan sikap endah tak endah dalam menangani masalah ini banyak membawa kepada salah faham, krisis, perbalahan dan akhirnya perceraian (nauzubillah anhu jamian). Namun begitu, ada juga pihak yang mengatakan ianya satu persoalan remeh temeh, jijik, hina dan tidak perlu diperbincangkan &ldots;. Ini kerana bagi mereka ianya tak lebih daripada aktiviti berseronok saja sebagaimana yang berlaku pada haiwan-haiwan biasa.

Namun Rasulullah S.AW sendiri telah bangkit menjelaskan hal kepentingan dan keutamaannya dalam sabda Baginda ((AKULAH ORANG YANG PALING ALIM DAN BERTAQWA, namun aku juga tidur dan berkahwin, barangsiapa yang membenci sunnahku, dia bukanlah dari kalanganku)) riwayat Muslim. Islam telah menjadiakan `hubungan seks' antara dua suami isteri ini sebagai ibadat kepada Allah s.w.t berdasarkan manfaatnya yang besar perseorangan,ummat dan juga islam &ldots;. antaranya ia dapat menjaga diri,keturunan,agama,menguatkan islam dan sebagainya . Justeru itulah , Rsulullah S.A.W bersabda (( SEKIRANYA KAMU BERSETUBUH DENGAN ISTERI KAMU, kamu akan mendapat pahala. Para sahabat kehairanan lantas bertanya, takkanlah seorang datang memuaskan nafsu dengan isterinya pun dapat pahala ?!, Rasul dengan hikmah menjawab : benar bukankah jika seorang itu memuaskan nafsunya dengan sesuatu yang haram tentulah baginya dosa , begitu juga dengan persetubuhan yang halal)) riwayat Muslim , juga merupakan hadis ke 25 dalam (Arbain Nawawi).

Islam memang menberi perhatian serius dalam mengubati masalah ini, khususnya yang berkaitan dengan suami, kerana merekalah ketua bagi keluarga dan perancang kepada kebahagiannya. Sebagai nasihat, kami menggariskan beberapa perkara untuk dijadikan tips pengubat bagi mengatasi masalah saudara.

1. Nasihat dan sedarkanlah isteri saudara tentang ikatan kekeluargaan dan kepentingannya serta yang berkaitan dengan hak-hak suami kepada isteri dan hak-hak isteri kepada suami. Bagaimana si isteri perlu motivasi daripada suami dalam segenap aspek, hatta dalam 'perhubungan dalaman ini'selama mana ianya tidak bercanggah dengan syariat.

Rasulullah S.A.W sebagai idola kita telah menunjukkan teladan yang baik sebagai suami mithali &ldots;.. baginda bersabda ((Sekiranya suami mengajak isteri bersama maka WAJIB bagi isteri memenuhinya walaupun ketika dia sedaang membakar roti [memasak] ))riwayat Termizi.

Islam juga menegah isteri dari menolak permintaan suaminya tanpa keuzuran yang begitu mendesak, kerana suami akan terseksa denga gelojak nafsunya itu dan mungkin ternanar melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat seperti melancap sendiri, berkhayal benda-benda buruk ataupun mencari perempuan lain untuk memuaskan gelojak nafsunya. Atas paksi inilah Rasulullah S.A.W menegaskan dalam sabdanya lagi (( Jika suami mengajak dan isterinya menolak untuk bersama lalu suami tidur kecewa dan marah kepadanya, nescaya malaikat akan turut sama melaknati si isteri hinggalah pagi))riwayat Bukhari dan Muslim.

Namun suami juga perlu banyak hikmahnya &ldots;.janganlah terlalu menuruti nafsu hingga membelakangi keperluan isteridan keupayaannya. Pandai-pandailah melihat keadaan dan situasi serta jangan terlalu mendesak.

2. Yang seeloknya, cubalah anda alami masalah isteri dan berbincang dari hati ke hati tentang perkara ini, demi kebahagian bersamanya dan kalau boleh dekatilah majlis-majlis ilmu serta orang-orang alim yang arif dalam tentang persoalan ini, hayatilah dan insafilah pengajaran daripadanya. Kami cadangkan saudara mendengar kaset-kaset pengajian 'Kitab Bahrul Mazi' dalam kuliah bulanan yang disampaikan oleh Ustaz Shamsuri Haji Ahmad berhubung perkara ini.

Dalam perkara ini juga Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya` Ulum Muddin(juzu` 2) berkata : Masa terbaik untuk mendatangi isteri adalah 4 hari sekali, kerana ia lebih adil dan fleksibel namun ianya juga bergantung kepada hajat dan persetujuaan keduanya dalam menjaga hubungan, dan mengelak maksiat.

3.Berkaitan dengan hukum melancap sendiri ianya tidakdibenarkan sama sekali dalam islam hingga ada ulama`yang mengatakan "Tidak ada air yang boleh menyucikan 'tubuh' orang yang melancap sendiri" wallahu`lam.

4. Hubungan suami isteri adalah unik dan istimewa. Dalam Quran tuhan menjelaskan yang bermaksud ( Datangilah tamanammu itu [isteri] dalam dalam keadaaan mana saja kamu sukai ) kecualilah melalui dubur dan dalam waktu haid. Allah juga menegaskan ( Mereka itu [isteri] adalah pakaian bagi kamu adalah pakaian untuk mereka ), hayatilah perumpamaan agung dari Allah ini tentang hubungan suami isteri, bukankah pakaian itu membawa banyak erti dan antaranya ia melambangkan tutupan, jagaan tempat pemanas, penggabungan, hiasan dan kecantikan&ldots;.ya.. begitulah semestinya hubungan antara suami isteri.

Justeru itu, islam agama yang mulia membenarkan segala perlakuan yang boleh membawa kenikmatan dan kebahagiaan anatara perasaan suami isteri, islam membenarkan kita mendatangi isteri kita dengan apa cara sekalipun seperti dari depan, tepi, atas dan sebagainya cuma diharamkan melalui dubur sahaja. Kerana ia menyerupai perbuatan terkutuk Kaum Nabi Luth.

Begitu juga, segala aksi yang saudara sebutkan itu adalah dibolehkan, begitu juga dengan menggunakan paha, perut atau dengan tangan isteri adalah harus pada pandangan jumhur para ulama`.

Akhir kata, Nabi pernah bersabda ((Kahwinlah perempuan yang penyayang dan subur sesungguhnya aku amat berbangga dengan umatku yang soleh dan ramai di akhirat nanti)) hadis soheh.

Kami menasihatkan kepada saudara agar membaca siri soalan yang lepas kerana disana terdapat banyak penerangan tentang hubungan seks suami isteri.

Wallahukalam


SOALAN 2

Perkahwinan adalah satu cara yang ditunjukkan oleh islam untuk menghalalkan hubungan suami isteri. Suami isteri bebas untuk melakukan apa saja terhadap isteri sewaktu berasmara atau bersetubuh termasuklah menjilat kemaluan isterinya. Disana juga, ada beberapa perlakuan yang diharamkan oleh islam semasa bersetubuh dengan isteri.

  1 . mendatangi mereka melalui dubur.
  2 . menyetubuhinya sewaktu haid.
  3 . Menyetubuhinya sewaktu isteri suci daripada haid dan belum mandi junub.

Selain daripada tiga perkara ini suami bebas untuk memuaskan fitrah nafsunya terhadap isterinya. Namun disana dari sudut adab, kita disunatkan untuk tidak melihat faraj isteri walaupun ia sebenarnya dibolehkan sebagaimana Rasulullah tidak pernah melihat faraj aishah dan Aishah pun tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah.

Hal ini kerana Allah taala telah menyebut didalam Al-Quran yang bermaksud:

"Isteri-isteri kamu adalah taman bagi kamu, maka datangilah mereka sebagaimana kamu suka" Albaqarah ayat 223.

Imam Ibnu Arabi menyebut dalam kitabnya "AHKAAMUL QURAAN" :

"Semua bahagian badan isteri dibolehkan bagi suami untuk menikmatinya ataupun melihatnya"


ORAL SEKS
Soalan :
Assalamualaikum,
Saya adalah suami yang baru mendirikan rumahtangga. Masalahnya ialah isteri saya sering menolak apabila diajak melakukan oral seks. Apakah hukumnya melakukan oral seks seperti menjilat kemaluan isteri untuk menambahkan kenikmatan kepada isteri? Perlukah saya bertaubat?
Terima kasih.
M. Shariffudin, Ampang
 

Jawapan :
Sebelum saya memperkatakan tentang oral seks, terlebih dahulu elok kiranya saya menjelaskan kepada saudara tentang ketaatan isteri kepada suami. Islam dengan jelas mewajibkan ketaatan isteri kepada suami selagi suami tidak menyuruh kearah kemaksiatan kepada Allah. Islam juga telah mensyariatkan perkahwinan sebagai wasilah(cara) bagi manusia memenuhi fitrah nafsunya. Islam memberi kebebasan bagi suami untuk mendatangi isterinya sebagaimana yang dikehendakinya selama mana tidak melampaui batas-batas berikut.
  1 . Tidak mendatanginya melalui dubur.
  2 . Tidak mendatanginya sewakti isteri dalam haid.
  3 . Menyetubuhinya sewaktu isteri suci daripada haid dan belum mandi junub.
Selain daripada tiga perkara diatas maka suami boleh menikmati kesemua bahagian tubuh isterinya temasuk menyentuh dan menjilat kemaluan isterinya.
Dari sudut hukum, saudara bolehlah mengamalkan oral seks. Tetapi disana, perlu di ingatkan, sesetengah orang meninggalkannya untuk menjaga adab. Sebagaimana Rasulullah tidak pernah melihat faraj Isterinya Aishah dan begitu juga Aishah tidak pernah tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah dan juga Baginda sewaktu berjimak menutup tubuh dengan kain.
Saya berpandangan mungkin isteri saudara malu ataupun tidak tergamak kerana menjaga adab. Kalau saudara ingin juga mengamalkannya mungkin saudara perlu berbincang dari hati kehati dengan isteri saudara kerana kepuasan dalam hubungan kelamin memerlukan persefahaman daripada kedua belah pihak.
Satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian bahawa kemaluan lelaki megeluarkan 2 jenis cecair, air mani dan air mazi. Mani lelaki adalah suci dan ini bermakna kalau ia terkena pakaian, pakaian tersebut boleh dipakai untuk sembahyang. Air mani tidak boleh ditelan walaupun ianya suci kerana ia adalah benda-benda yang jijik yang tidak boleh dimakan. Manakala air mazi pula jika terkena pakaian, ianya tidak boleh dibawa sembahyang kerana mazi adalah najis dan ia juga tidak boleh ditelan.
Saya menyebut perkara ini kerana seks barat mengamalkan perkara ini ( perempuan menelan mani dan mazi lelaki dan brgitu juga sebaliknya sebaliknya). Faraj perempuan juga mengeluarkan mazi dan mani dan hukumnya adalah haram untuk ditelan.
Kita perlu beristighfar kepada Allah dan mengingatiNya setiap masa sehingga waktu kita berasmara dengan isteri pun kita telah diajar cara untuk mengingatiNya. Rasulullah telah menyebut adab-adab serta zikir untuk mengelak daripada persetubuhan dihadiri oleh syaitan. Disebut didalam hadis juga, jika kita membaca doa sewaktu jimak, zuriat yang bakal lahir akan dijaga oleh Allah dari Syaitan.
 Dalam masalah ini saya bahagikan kepada dua keadaan:
  1 . Jika saudara menjilat kemaluan isteri ( dengan syarat faraj bersih dari sebarang najis), saudara adalah berhak mengikut hukum. Tetapi kalau saudara meninggalkannya kerana menjaga adab ianya adalah lebih baik.
  2 . Jauhi daripada menelan cecair samaada daripada kemaluan suami ataupun isteri kerana ianya adalah benda kotor. Kalau saudara telah melakkukannya ( menelan mani atau mazi) ianya dimaafkan kerana saudara tidak mengetahui hukum dan setelah diketahui perlulah ianya ditinggalkan dan melakukannya adalah berdosa.
Dan akhirnya kejahilan tentang hukum bukanlah alasan untuk melakukan perkara haram. Oleh itu, kita dituntut untuk belajar selok belok agama dan juga hukum hakamnya.
Wallahuklam..


PERANAN SUAMI TERHADAP ISTERI YANG BERPENDIDIKAN AGAMA
Soalan :
Saya mempunyai kemusykilan menenai tanggungjawab suami dalam mendidik isteri. Saya bakal seorang suami, mempunyai pasangan yang telah memperolehi ijazah dalam pengajian islam dan saya hanya ijazah dalam komputer sahaja. Masalahnya ialah, bagaimana saya seorang yang mungkin kurang arif tentang agama jika dibandingkan dengan pasangan saya untuk mendidiknya yang menjadi tanggungjawab kepada suami.
 Apakah dengan isteri yang telah mempunyai ilmu agama, tanggungjawab kepada suami dalam konteks mendidik isteri menjadi kurang. Tolong terangkan pada saya ...
terima kasih.
Meor Shukri Zainal Abidin, Penang

Jawapan
Alam perkahwinan adalah satu alam yang akan ditempohi semua manusia. Ianya merupakan fitrah para nabi dan wasilah bagi manusia menjaga agamanya sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabial sesorang itu berkahwin, maka dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya, maka dia hendaklah menjaga agamanya pada sebahagian yang lain"
Saya mengucap kepada sudara kerana Allah Taala mempertemukan saudara dengan seorang yang berpendidikan agama walaupun disana banyak kedapatan mereka yang berpendidiakn agama tetapi akhlak mereka tidak menggambarkan status agama yang dipelajari. Namun saya percaya dan doakan agar teman abadi saudara adakah antara mereka yang disebut oleh Rasulullah:
"Dunia adalah satu perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah perempuan yang solehah"
Celik agama adalah merupakan satu faktor untuk mengukur sesorang itu adalah solehah walaupun ianya tidak semestinya, kerana mereka yang celik agama banyak mengetahui persoalan haram dan halal begitu juga dalam konteks rumah tangga, isteri yang celik agama mengetahui tanggungjawab yang harus dipikul oleh siisteri terhadap suami serta konsep ketaatan kepada suami. Oleh itu saya nasihatkan tak usah bimbang dengan tanggungjawab saudara.
Disamping itu juga, dalam rumahtangga islam yang bahagia, Suami dan isteri sebenarnya masing-masing berperanan dalam soal nasihat menasihati. Mungkin dalam persolan agama saudara boleh mengambil menafaat dari pada isteri saudara kerana dia lebih mengtahui sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Maka hendaklah kamu bertanyakan orang yang mengtahui sekiranya kamu tidak mengtahui"
Begitu juga saudara bertanggungjawab untuk melindungi dan memimpin isteri saudara kerana perempuan memang sifat semulajadinya memerlukan kepada orang yang memimpinnya walaupun dia memperolehi darjat Phd. sekalipun. Sifatnya lembut dan biasanya perempuan banyak menggunakan perasaan dalam bertindak yang kadang-kadang tidak bertepatan dengan kehendak syariat. Berlainan dengan kaum adam yang di anugerahkan oleh Allah Taala yang bertindak banyakmenggunakan akal. Begitu juga fitrah lelaki adalah memimpin bukan untuk dipimpin.
Saudara jangan keliru dengan masalah tanggungjawab suami terhadap isterinya yang berpendidikan agama dan isteri yang tidak berpendidikan agama. Dari sudut tanggungjawab adalah sama, cuma saudara beruntung kerana bakal isteri saudara telah mempunyai pengetahuan agama. Menjadi tugas saudara sekarang ialah mewujudkan suasana islam dalam kelaurga yang bakal dibina, kerana asasnya telah ada cuma memerlukan kepada penggeraknya sahaja. Berbanding denga isteri yang tidak ada asas agama mungkin memerlikan kepada dua peringkat. Pertama : Membina agama Kedua: Mewujudkan asas tersebut dalam suasana keluarga.
Sebenarnya saya tidak begitu berani untuk mengatakan bahawa tanggungjawab dalam mendidik isteri bekurangan atau lebih, cuma perlu dingatkan bahawa tanggungjawab mendidik serta melindungi isteri adalah wajib keatas suami hingga keakhir hayat. Percayalah, seorang isteri yang solehah dan ditambah dengan nilai-nilai agama boleh mambantu kita dalam mendekatkan diri kepada Allah Taala sebagaimana sabda Rasulullah:
"Pilihlah perempuan yang mempunyi agama, nescayakamu akan beruntung"
Wallahuaklam
 



MASALAH RUMAH TANGGA

Assalamualaikum wrt

Disini saya ada beberapa masalah yg saya minta pihak doktor dapat memberi penjelasannya. Baru baru ni saya ada sedikit kekeliruan semasa saya berbincang dengan isteri saya tentang kedudukan seorang isteri terhadap suami dan keluarga suaminya.Apakah bila seorang isteri yg telah bersuami perlu melebihkan pihak keluarga sebelah suaminya berbanding keluarga siisteri.Sebagai contoh ,andaikata kedua2 ibu sisuami dan isteri sakit, apakah perlu bagi seorang isteri itu menziarahi ibu suaminya dulu kemudian barulah ibunya sendiri.?

 Adakah dalam banyak hal siisteri perlu memberi keutamaan terhadap pihak suaminya dahulu?Andai kata siibu dipihak suami tidak begitu mesra dengan menantunya adakah patut siisteri bertindak menjauhinya?

Soalan saya yg seterusnya ialah adakah benar bahawa Rasulullah pernah bersabda yg maksudnya lebih kurang ; Andainya dibenarkan manusia itu meyembah sesama sendiri pasti disuruhnya siisteri menyembah suami? Wallahhualam

sekian terima kasih ..

 HAMBA ALLAH, Jepun

Waalaikumussalam,,,

Masalah yang saudara timbulkan adalah berkaitan dengan hak-hak hidup berumah tangga yang digariskan oleh Islam. Apabila seorang perempuan telah berkahwin dia perlu menjaga kewajipannya terhadap suami. Di antara kewajipan disebut oleh ulama ialah :

Tidak keluar dari rumah melainkan disebabkan oleh faktor-faktor yang terlalu mendesak (dharurat) dan mendapat kebenaran suami. Ini adalah seperti :

Menziarahi kedua ibu bapanya yang sakit. Sekiranya sakit mereka berpanjangan dan memerlukan penjagaan, sedangkan tiada orang lain yang menjaga mereka selain daripada isterinya. Oleh itu dia perlu menjaga mereka walaupun tidak mendapat keizinan daripada suaminya. Ini adalah kerana ia merupakan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya. Tetapi di dalam keadaan ini si isteri perlu memastikan kewjipannya terhadap suami tidak terabai.

Jadi, seorang perempuan yang telah berkahwin, dia mempunyai dua tanggungjawab yang perlu dilaksanakan :

1) Menataati suami sebagai seorang isteri.

2) Mentaati kedua ibu bapanya sebagai seorang anak.

Keutaman di dalam hidup seorang perempuan yang bergelar isteri selepas suaminya ialah kedua ibu bapanya.

Jadi di dalam masalah yang saudara sebutkan, ibu sendiri yang harus diutamakan. Walupun begitu suami berhak untuk mengajak isteri menziarahi ibunya (mertua isteri) dahulu, kemudian barulah ibu isteri.

 

MASAALAH MENANTU DENGAN IBU MERTUA

Di antara tanggungjawab isteri juga ialah berbaik-baik (al-ihsan) dengan keluarga suami, terutamanya ibu suami.

Biasanya krisis yang berlaku di antara menantu dan mertua, disebabkan oleh si ibu merasakan dia perlu mengawasi hidup anaknya, sementara si isteri merasakan ia cukup matang untuk menguruskan kehidupan dia dan suaminya sendiri. Jadi, seolah-olah terdapat perebutan kasih sayang di antara ibu dan isteri. Seorang suami yang bijak akan memberikan kasih sayang yang sewajarnya kepada ibu yang melahirkannya dan kepada isteri, teman hidup dan ibu kepada anak-anaknya.

Begitu juga, seorang isteri yang bijak akan cuba sedaya upaya untuk memikat hati mertuanya kerana itu juga merupakan sebahagian tanda kasihnya kepada suami. Oleh itu tidak wajar sama sekali isteri bertindak menjauhi mertuanya. Sekiranya ini berlaku suami mesti bijak untuk merapatkan mereka kembali.

MASALAH HADIS

Hadis yang bermaksud : "Sekiranya aku memerintah seseorang supaya sujud kepada seseorang , nescaya aku akan memerintahkan seorang perempuan supaya sujud kepada suaminya."

Hadis ini adalah sahih. Ia diriwayatkan oleh Al-Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah. Ia menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seorang isteri kepada suami yang merupakan ketua rumah tangga. Apabila suami dan isteri saling menunaikan tanggung jawab masing-masing Insya Allah, rumah tangga mereka merupakan sebuah taman yang diberkati oleh Allah . Taman yang bakal melahirkan putera dan puteri Islam yang akan memimpin generasi akan datang !.


KELUARGA YANG KURANG BERAGAMA

SOALAN

assalamualaikum..

hmm..masalah? memang banyak...sampai kekadang tak tau ape yg dibingungkan.. firstly...pasal my family.. family saya..agak kurang mendalami agama islam..pengetahuan tu ade..kecik2 lagi..dah dihantar ke sekolah agama..tapi kurang perlaksanaan yang apabila saya renungkan ..maybe sebab parents kurang tegas.. tak melaksanakan seperti yang digariskan dalam islam..contohnya..bila one of us tak solat..tak pernah kena pukul..paling teruk pun..cuma kena leter jerr.. now.. i'm a student in one of the sydney's university..mungkin Allah nak bagi peluang saya improvekan diri..saya di beri responsible untuk conduct usrah kat sinih....so..bayangkan lah..camner conflict kat jiwa nih..tak taula..rase hipokrit sangat....menyeru pada yg maa'ruf..tapi keluarga kat malaysia???nilah kelemahan saya..tak tahu macam mana nak nasihat family sendiri..especially my parents.... ishh..pening..pening.... takpelah..sebenarnye ade lagi masalah..kang banyag pulak anta/anti nak menjawab..cukupla ni dulu...jazakallah..

ANA..Australia

JAWAPAN

Saudari yang dirahmati,

Sesungguhnya saya amat tertarik dengan persoalan yang telah ditimbulkan oleh saudari pada tempoh hari. Kerana bagi saya bukan sekadar persoalan itu sahaja yang menarik, tetapi pendirian saudari yang teguh dengan nilai-nilai agama dalam keadaan saudari berstatus pelajar yang tidak berjurusan agama. Sedangkan saya dapati ramai kawan-kawan kita yang belajar agama atau belajar di Timur Tengah yang masih lagi tertidur diulit ilmu yang mereka pelajari. Dan perkara inilah yang telah disebut oleh Imam al-Ghazali sebagaimana katanya “Salah satu golongan yang terpedaya ialah mereka yang belajar ilmu agama dan tidak beramal dengannya kerana mereka anggap ilmu yang ada pada mereka sudah cukup untuk menyelamatkan mereka daripada neraka”. Kita doakan semoga kita tidak termasuk kumpulan ini dan Allah mengketogorikan kita dalam golongan As-Siddiqiin wa-Syuhadaa’ wa-Soolihiin.

Masalah!!!

Inilah hikmat Allah menjadikan manusia dan menyediakannya dengan akal untuk berfikir dan Dia menyediakan segala kemudahan yang terdapat di sekeliling kita semata-mata untuk kemudahan kita, serta Dia yang menurunkan agama untuk kita beramal dengannya. ‘Masalah’ bukannya satu perkara yang pelik bahkan ianya perkara biasa yang disediakan untuk manusia. Hatta ‘masalah’ ini wujud semenjak Allah menempatkan Nabi Adam as.di dalam Syurga dan melarang Nabi Adam daripada memakan sejenis buah di dalamnya. Larangan seperti ini merupakan satu ‘masalah’ juga. Begitulah juga kita lihat sejarah rasul-rasul yang diutuskan kepada manusia. Semuanya menghadapi ‘masalah’ ataupun ‘ujian’ dalam menyampaikan dakwah mereka.

Oleh itu perkara pertama yang saya nak sentuh di sini ialah mengenai ‘Siapakah kita?”. Apabila kita utarakan persoalan ini maka setiap orang yang seumpama kita akan berkata “Saya orang Islam”. Jarang di kalangan kita yang mengatakan “Saya beriman”. Dan sememangnya kita hendaklah menjadi orang yang beriman. Apabila kita nak jadi orang yang benar-benar beriman maka segala ‘masalah’ hendaklah kita terima dengan hati yang terbuka. Jangan sekali-kali kita lari dari masalah bahkan menjadi tanggungjawab kita untuk menyelesaikan masalah.

Tidakkah kita selalu membaca ayat yang kedua daripada Surah al-Ankabuut, yang mana di situ Allah swt menyatakan kepada kita “ Apakah manusia itu (kita) mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan ‘kami telah beriman’ sedang mereka tidak diuji?”. Begitulah hakikat permasahan yang kita selalu hadapi. Ia merupakan noktah ujian keimanan seseorang adakah ia benar-benar beriman atau berbohong di sebalik kata-katanya. Sekiranya dia bersabar maka itulah tanda daripada tanda-tanda keimanannya dan sekiranya dia tidak bersabar maka itulah tanda daripada tanda-tanda pendustaannya. Lagipun dalam hal ini para ulama’ mengatakan bahawa Allah swt menurunkan musibah ke atas hambanya yang beriman untuk dua perkara:-

1-mempertingkatkan darjat keimanannya.

2-Menghapuskan dosanya.

Berkenaan dengan ini Nabi saw ada menyebut di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud “Barang siapa yang Allah swt nak beri kebaikan kepadanya maka Allah akan menurunkan musibah (kesusahan ) kepadanya”.

Keluarga!!!

Saudari sepatutnya bersyukur kerana mempunyai satu keluarga yang masih lagi mempunyai asas-asas agama. Saudari juga patut berterima kasih kepada kedua-dua orang tua kerana masih lagi berusaha untuk memberi pelajaran agama kepada saudari dan adik beradik saudari. Oleh itu ,bagi saya saudari tidak mempunyai masalah yang besar untuk mendidik keluarga, kerana orang tua sauadari sememangnya orang suka kepada agama. Buktinya mereka menghantar saudari dan adik-beradik sauadari ke sekolah agama. Cuma yang tinggal sekarang ini ialah tugas saudari untuk memahamkan mereka tentang agama. Dalam proses memahamkan dan mendidik keluarga ini Saudari hendaklah mengikut kaedah-kaedah yang tertentu dengan meraikan beberapa perkara yang berkaitan.

Pertama ialah Saudari hedaklah memulakan pentarbiahan diri sendiri dengan menjadikan diri Saudari contoh kepada mereka. Perbanyakan amalan-amalan sunat di samping amalan-amalan wajib. Kerana amalan-amalan sunat inilah yang menyempurnakan amalan-amalan wajib dan membentuk syakhsiah diri. Dan yang paling pentingnya di sini ialah istiqamah (berterusan) dengan amalan tersebut. Selalulah membaca al-Quran tambah-tambah lagi di masa kesempitan, kerana al-Quran itu ubat kepada hati.

Kedua Saudari sendiri hendaklah memberi galakan kepada keluarga untuk beramal dengan amalan agama. Langkah awal yang perlu Saudari buat dalam hal ini ialah dengan menceritakan kepada mereka tentang hal diri saudari di tempat Saudari belajar setiap kali berhubung dengan mereka. Saudari boleh ceritakan tentang program-progran agama dan ‘usrah’ sendiri. Sekurang-kurangnya cerita yang seumpama ini dapat menarik hati mereka dan kerja untuk mendidik mereka lebih senang pada masa hadapan. Kemudiannya, Saudari boleh berterus terang dengan kedua-dua orang tua Saudari dengan cara ‘hikmah’ (bijaksana). Kerana kata-kata seorang anak memberi kesan yang mendalam kepada ibu bapa. Tapi perlu dingat, jangan sampai menyinggung perasaan mereka. Seterusnya Saudari hendaklah bersedia dan berazam untuk mengubah keluarga apabila pulang ke tanah air kelak. Apa yang paling pentingnya di sini selalulah berdoa semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka.

Ketiga, Saudari hendaklah memberi tumpuan kepada ‘usrah’ yang dipertanggung jawabkan kepada Saudari. Sumbangan tenaga, masa, dan fikiran saudari merupakan aset tetap Saudari. Latihan mengendalikan usrah yang Saudari hadapi sekarang ini merupakan bekalan terbaik untuk saudari menghadapi keluarga dan masyarakat. Lagipun Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah swt suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun”.

Akhir sekali, saya nasihatkan kepada Saudari agar menganggap setiap masalah itu adalah ujian daripada Allah swt untuk Dia menaikan martabat Saudari dan menghapuskan dosa-dosa Saudari. Jadikan amalan membaca al-Quran sebagai pengubat di kala kesempitan. Teruskan usaha untuk mentarbiah diri, keluarga dan kawan-kawan dan selalulah berdoa kepada Allah swt serta bertawakkal kepadaNya.”Allah tidak membebankan hambanya dengan perkara yang dia tidak mampu.” “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak mampu untuk memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi (Abu Talib), Tetapi Allah memberi petunjuk kepada siapa sahaja yang Dia mahu”.

Wallahua’lam&ldots;