a)Sejarah dan Perkembangan Ping-Pong

Pada mulanya permainan ping-pong merupakan satu kegiatan masa lapang yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain.Corak atau bentuk pertama permainan ini telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucestershire dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb-salah seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain-membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa itu.Tindakan itu membawa kejayaan kepada pengilang seperti Gossima,Whiff Wall,Flim Flam dan Table Tennis.

Apabila raket yang disaluti velum diperkenalkan ,istilah ping-pong dicipta,ia diambil daripada bunyi 'ping' yang dihasilkan apabila bertembung bet dengan bola dan 'pong' yang terhasil apabila ia melantun di atas meja.

Pada tahun1902,seorang profesor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana.Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British,Edward Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest.Dengan ini benih perkembangan sukan ini telah tersemai dan menarik minat orang ramai.

Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927.Pemenangnya ialah seorang berbangsa Hungary iaitu Dr. Jacobi.Pada sekitar tahun 30-an pasukan Hungary telah menguasai kejohanan dunia.Pada masa itu pukulan 'spin' telah masyhur di kalangan para pemain.Pada tahun 1950-an,pemain Jepun telah menguasai dunia ping-pong dengan corak permainan dan cara cekak pen (pen holder) yang mementingkan corak menyerang dan gerak kaki yang pantas.Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dari tahun 1954 hingga 1959.Dalam tahun 1960-an negeri China muncul sebagai sebuah negara ping-pong yang handal.Mereka menguasai dunia ping-pong menerusi penggunaan corak permainan laju dan dekat kepada meja.Pada tahun 1970-an pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan mereka bertarung dengan pemain-pemain dari Asia.

Pada tahun 1980-an pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada pemain-pemain Asia.Pada tahun1927 Persekutuan Ping-pong Antarabangsa (ITTF) hanya mempunyai 9 ahli sahaja,tetapi pada taun1990,ITTF mempunyai 145 persatuan di bawahnya.Disamping itu ada pula 4 persekutuan peringkat dunia ,Recognized Continental Federation di bawah naungan ITTF.Persekutuan tersebut ialah:-)African Table Tennis Federation,Asian Table Tennis Union,European Table Tennis Union dan South American Table Tennis Confederation.

B)Peralatan

Ping-pong boleh dimainkan di dalam dewan atau lura dewan.Peralatannya tidak banyak.Ianya memerlukan sebuah meja,sebiji bola ,bet ping-pong dan 2 orang pemain(4 untuk bergu).Untuk mengawal permainan 2 orang pengadil diperlukan.

Ciri-ciri meja ping-pong.-satu garisan putih yang tebal 2cm di setiap sisi meja,permukaan meja berwarna hijau atau biru pudar,permukaan meja boleh diperbuat daripada apa sahaja tetapi mesti memberikan 'bum' bola lebih kurang 23cm tinggi apabila bola dijatuhkan pada ketinggian 30 cm,tinggi meja dari lantai ialah 76cm,dan meja berebentuk segiempat tepat.

Ciri-ciri bola ping-pong-bola berdiameter 30mm,berwarna kuning atau putih,diperbuat daripada baha seluloid dan berat bola 2.5 gram.

Ciri-ciri jaring-Panjang jaring ialah 1.85m dengan tinggi jaring daripada permukaan meja 1.525m

Ciri-ciri bet-tebal keselurahan getah dan span tidak melebihi 4mm.Semua getah bet di peringkat antarabangsa menpunyai logo ITTF,getah yang digunakan ialah getah terbalik'reverse'yang licin dan rata dengan lapisan bintik-bintik terbalik di bawah(inverted pimples) dan diikuti oleh satu lapisan span.Diperbuat daripada kayu yang lembut dan tidak melebihi 5 lapisan kayu.

Ciri-ciri pakaian-pakaian untu lelaki-baju lengan pendek,seluar pendek,stoking dan kasut.Pakaian untu wanita ialah baju lengan pendek/panjang,stoking dan kasut.Warna baju dan seluar adalah bebas.

C)Cara Permainan

Biasanya pungutan mata ialah sebanyak 21 mata ( lelaki & perempuan ).

Terdapat beberapa peraturan untuk membuat servis iaitu:-

a)servis akan bermula dengan bola mesti sentias berada di dalam tapak tangan bebas yang pegun,terbuka dengan jari tertutup dan ibu jari bebas.

b)tangan bebas yang membawa bola mesti sentiasa berada di atas permukaan meja dan di belakang garisan meja.

c)semasa membuat servis ,bet mesti berada di atas permukaan meja dan memukul di garisan belakang meja.

d)bola mesti dilempar tegak sekurang-kurangnya 16 cm ke atas oleh tapak tangan tanpa menjanakan sebarang putaran.

e)Bola mesti dipukul semasa ia menurun supaya -dalam permainan perseorangan,ia melantun di kawasan pembuat servis dan kemudian di kawasan penerima.Dalam permaian bergu ,ia melantun di kawasan kanan pembuat servis dan kemudian di kanan penerima.

f)Pemain yang membuat servis perlu meastikan bahawa tindakannya dapat dilihat sepenuhnya oleh pengadil.

g)servis tidak boleh terlalu jauh dari bahagian badan kecuali lengan,kepala atau kaki apabila diukur dari jaring.

h)jika bola tersentuh jaring semas melepasinya ,satu penggilan'net' akan disebut dan servis terpaksan dilakukan semula.