Back

next

TIGA TANDA ORANG BERHASAD DENGKI

 

Luqman Al-Hakim ada memberi nasihat panjang Luqman anaknya yang diriwayatkan oleh Al-Muharbi,daripada Sufyan Ats-Thaury.Antara kata-kata hikmahnya adalah:

 

“Hai anakku!Janganlah engkau letakkan kebaikanmu itu, kecuali di sisi penjaganya.Hal ini seperti tidak ada persahabatan antara kambing biri-biri dan serigala.Begitu jugalah tidak ada persahabatan antara orang yang baik dan yang jahat.”

 

“Hai anakku!Jadilah engkau hamba kepada orang yang baik dan janganlah engkau jadi sahabat kepada orang yang jahat.”

 

“Hai anakku!Jadilah engkau orang kaya,nescaya engkau menjadi orang yang dipercayai.”

 

“Hai anakku!Janganlah enkau meminta sesuatu perkara dari belakang dan janganlah engkau menolaknya dari depan.Hal ini kerana yang demikian itu akan memperlekehkan pandangan dan mencela akal fikiranmu.”

 

“Hai anakku!Sekiranya engkau beradab walaupun sedikit,engkau akan peroleh faedah yang banyak.”

 

“Hai anakku!Lakukanlah kebaikan itu untuk ahlinya dan janganlah engkau meletakkannya pada yang bukan ahlinya,nescaya engkau akan rugi di dunia ini dan mengharamkan pahalanya di akhirat kelak.”

 

“Jadilah engkau orang yang bersederhana dan janganlah boros.Juga janganlah engkau memegang harta dengan kedekut dan janganlah memberinya dengan boros”

 

“Hai anakku!Lazimilah dirimu dengan hikmah,nescaya engkau akan memuliakan dengannya kerana tuan bagi akhlak hikmah adalah agama ALLAH”

 

Luqman berkata lagi:

 

“Hai anakku!Ada tiga tanda bagi orang yang berhasad dengki itu.Dia akan mengumpat sahabatnya apabila kawannya tiada,akan memujuk apabila dia melihat dan akan bergembira dengan musibah yang menimpa sahabatnya.”

 

Beliau juga berpesan:

 

“Hai anakku!Barang siapa yang memikul sesuatu yang dia tidak terdaya,dia akan menjadi lemah dan barang siapa yang berasa kagum dengan dirinya sendiri akan binasa.Dan barang siapa yang bersikap takbur serta menyombong diri terhadap manusia akan menjadi hina”

 

Seterusnya katanya:

 

“Hai anakku!Janganlah engkau bergaul dengan orang yang bodoh.Walaupun dia memiliki rupa yang iondah,namun dia seperti pedang,baik pemandangannya tetapi amat buruk kesannya.”

 

“Hai anakku!Berwaspadalah engkau dari sahabat yang jahat kerana sesungguhnya dia umpama pedang yang dihunuskan (dari sarungnya).Pandangannya mengagumkanmu sedangkan kesannya amat buruk.”

 

Dalam kitab Bahjatul Majalis,Luqman berkata kepada anaknya:

 

“Hai anakku!Merendah dirilah engaku dengan kebenaran,nescaya engkau menjadi manusia yang paling berakal.”

 

“Hai anakku!Barang siapa yang terlalai dalam permusuhan, dia akan dimusuhi dan barang siapa yang melampau dalamnya,dia telah berdosa.Maka,berkatalah dengan yang hak walaupun ia terkena dirimu dan janganlah engkau peduli orang yang marah.”

 

“Hai anakku!Janganlah engkau bertengkar dengan orang yang bijaksana serta janganlah engkau bermujadalah dengan orang yang gagap.Juga janganlah engkau bergaul dengan orang yang zalim serta janganlah engkau bersahabat dengan orang yang tertuduh.”

 

 

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Amalan sunat lahirkan anak cemerlang

 

Mereka yang berkahwin ingin mendapat cahaya mata sempurna.Anak itu apabila dewasa kelak diharapkan menjadi insane berguna kepada agama,bangsa dan Negara.Oleh itu, anak sebagai anugerah Allah kepada pasangan suami isteri hendaklah diberikan perhatian dan kasih sayang serta bimbingan sewajarnya.

 

Anak juga satu amanah dan ujian daripada Allah kepada mereka mereka yang dikurniakan harta benda atau anak.Allah akan menyediakan pahala besar kepada orang yang mematuhi perintah-NYA dan mengutamakan lebih daripada harta benda dan anak yang dikasihi itu.Hal ini seperti firman-NYA bermaksud:”Kekayaan harta benda dan anak-pinak itu adalah perhiasan hidup di dunia.”(Surah Al-Kahfi,ayat 46)

 

Firman ALLAH lagi bermaksud:” Dan DIAlah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengahnya yang lain beberapa darjat,kerana ALLAH hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-NYA kepada kamu.”(Surah Al-Anam,ayat 165).

 

Bagaimanapun, janganlah dijadikan harta kekayaan dan anak itu untuk kesenangan dan perhiasan dunia semata-mata.Kita hendaklah berjaga-jaga dan menjadikannya sebagai jalan bagi menerbitkan amal soleh yang kekal faedahnya.Ia untuk kesenangan dan kebahagian di dunia dan akhirat.

 

Bagaimana hendak mendapatkan anak soleh serta cemerlang di dunia dan akhirat.Islam ada menunjukkan caranya sejak dari ibu itu mengandungkan anaknya.

 

Ketika mengandung ,ibu banyak mengalami perubahan emosi dan fizikal.Oleh itu,banyak amalan sunat yang boleh dilakukan ketika mengandung.

 

Anak itu mesti di tarbiah sejak masih janin atau dalam kandungan.Tingkah laku ibu bapa yang baik ketika hamil adalah pendidikan awal kepada anaknya.

 

Antara amalan yang sunnah ketika hamil adalah memperbanyakkan membaca ayat Al-Quran dan berdoa.Hal ini seperti diriwayatkan Ibnu Sunni daripada Fatimah yang maksudnya:”Sesungguhnya Rasullullah saw apabila (Fatimah)hampir melahirkan,memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampiri Fatimah.Maka Baginda membaca ayat al-Kursi dan surah al-‘Araf(ayat 54) di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca surah Al-Falaq dan An-Nas”.

 

Doa yang sunat dibaca ketika hamil termasuk doa Nabi Yunus yang tafsirnya:”Sesungguhnya tiada Tuhan(yang dapat menolong)melainkan engkau YA ALLAH.Maha Suci engkau(daripada melakukan anianya,tolonglah aku!)Sesungguhnya aku adalah daripada orang yang menganiaya diri sendiri.”(surah al-Anbiya’,ayat 87)

 

Bagi ibu yang sukar bersalin,Ibnu Abbas meriwayatkan Rasullullah bersabda bermaksud:”Apabila seseorang perempuan itu sukar bersalin,tuliskan dalam bekas surah al-Ahqab(ayat 35) dan surah al-Nazi’at (ayat 46),kemudian air itu disapukan di perut dan kemaluannya.:(Hadis riwayat Ibnu Sunni)

 

Islam juga menggariskan cara yang sebaik-baiknya menyambut kelahiran anak.Antaranya memberikan ucapan tahniah dan gembira di atas kelahiran anak itu,menyerukan azan dan iqamah,mencukur rambut,memberi nama dan melakukan akikah.

 

Seseorang perempuan yang selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana nifas.

 

Ulamak berijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas.Termasuk dalam perkara yang mewajibkan mandi adalah wiladah iaitu mandi kerana beranak sekalipun melahirkan tanpa basah(darah).

 

Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak,tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu berupa darah beku(‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

 

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak ,maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah.Maka wajib ke atas perempuan itu mandi.

 

Perlu diingat.mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan.

 

Bagi mengelak kekeliruan,maka darah nifas adalah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik.Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu 15 hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak.Jika darah itu tidak keluar melainkan selepas berlalu masa selama 15 hari atau lebih,maka darah yang keluar itu tidak dikatakan nifas.Ia adalah darah haid.Maka dalam hal ini perempuan itu diwajibkan mandi kerana nifas.

 

Mandi kerana wiladah adalah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya ‘alaqah atau hanya mudhghah.Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana wiladah selepas kelahiran atau keguguran seperti yang disebutkan di atas.

 

Maka apabila seorang perempuan melahirkan anak,dia wajib mandi kerana wiladah.Wajib juga ke atasnya mandi nifas selepas berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu 40 hari 40 malam atau masa paling maksimum selama 60 hari 60 malam.

 

 

 

Manfaatkan waktu dengan beramal

 

Nabi Muhammad saw bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud ,daripada Ibn Umar katanya,Rasullullah memegang bahuku lalu bersabda:”Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang yang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan(pengembara).

 

Ibnu Umar berkata,Rasullullah bersabda lagi:”Jika engkau berada pada waktu petang,maka janganlah engkau menunggu waktu pagi,dan apabila engkau berada pada pagi janganlah engkau menunggu pada waktu petang.Dan gunakanlah masa sihat engkau untuk masa sakit dan masa hidup sebelum mati.

 

Keinginan untuk mengecapi kebahagian hidup yang lebih sejahtera di dunia dan kebahagian untuk kehidupan abadi di akhirat menjadi idaman semua orang.

 

Islam menunjukkan jalan bagi mencapai matlamat itu.Dunia adalah tempat untuk beramal bagi meraih kebahagiaan bagi dijadikan bekalan di akhirat nanti.Ia bukan tempat untuk bersenang-lenang semata-mata,tanpa menghiraukan hari perhitungan kelak.

 

Kehidupan di dunia diibaratkan sebagai seorang pedagang.Pedagang tentu merindui kampung halaman.Kerinduan itu,tiada ertinya sekiranya sekembalinya ke kampung halaman,tiada bekalan yang dibawanya.

 

Ingatlah waktu di dunia amat singkat dan perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk beramal dan melakukan pekerjaan berguna bagi faedah hidup di dunia dan kesenangan di akhirat kelak.

 

 

 

HAKIKAT MANUSIA TERSERLAH APABILA DITIMPA MUSIBAH

 

Firman ALLAH TAALA bermaksud:” Dan apabila manusia itu ditimpa kemudaratan,dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada –NYA,kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-NYA kepadanya lupalah dia akan kemudaratan yang pernah dia berdoa (kepada ALLAH) untuk(menghilangkannya) sebelum itu,dan dia mengadakan sekutu-sekutu bagi ALLAH untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-NYA.Katakanlah:”Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu;sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka”.-surah al-Zumar,ayat 8.

 

Ayat di atas menggambarkan sikap kontroversi orang-orang yang tidak beriman kepada ALLAH iaitu apabila dia ditimpa kesusahan seperti kemiskinan,sakit,ketakutan,dan bala bencana,lantas dia akan kembali menyerah diri kepada Tuhan,bertaubat memohon pertolongan untuk dibebaskan daripada kesusahan.

 

Kemudian apabila ALLAH TAALA memberikannya kenikmatan atau kekuasaan sehingga ia berada dalam keadaan keselesaan dan kemewahan,lantas dia lupa akan akan doa dan munajat yang pernah dipohonnya malah lupa terus  kepada Tuhan yang pernah ia sampaikan doa sebelum ini.

 

Tidak cukup hanya demikian,bahkan mereka sanggup mengadakan pula sekutu-sekutu bagi ALLAH yang terdiri, bahkan mereka sanggup mengadakan pula sekutu-sekutu bagi Allah yang terdiri daripada patung-patung berhala yang mereka sembah atau sebagainya.Hal yang demikian,menyebabkan mereka sesat dan menyesatkan.Sesat diri mereka sendiri dan menyesatkan orang lain dengan perlakuan seperti itu,dan sekali gus menghalang orang lain daripada menerima Islam.

 

Demikianlah hakikat fitrah semula jadi manusia.Ira akan terserlah nyata ketika ia ditimpa musibah atau kemudaratan,begitu juga sebaliknya setelah diselamatkan daripada musibah tersebut.Sepatutnya dia bersabar di atas ujian yang menimpa dan berterima kasih  di atas nikmat yang diterima.Tetapi sebaliknya dia akan tunduk menurut kehendak hawa nafsunya,sifat tamaknya,harta kekayaan dan anak cucunya,bahkan kepada penguasa dan pemimpinnya.

 

Mereka sanggup tunduk kepada pengaruhnya sebagaimana tunduk patuh pada Allah malahan lebih lagi daripada Allah.Ingatlah,bahawa syirik itu banyak jenisnya,kerana ia tidak jelas kelihatan sebagaimana syirik zahir biasa, tetapi ia syirik yang tersirat.

 

Keimanan yang murni kepada Allah sama sekali tidak boleh menerima sebarang sekutu bagi-NYA di dalam hati,baik sekutu itu dalam bentuk harta kekayaan,anak pinak,mahupun sahabat handai.Apa-apa saja bentuk sekutu yang terdapat dalam hati seseorang ,maka ia bermakna mengadakan sekutu bagi Allah atau yang dinamakan syirik.Yang demikian akan membawa kepada kesesatan dan menyeleweng daripada jalan Allah yang lurus.

 

Daripada keterangan di atas dapat disimpulkan bahawa terdapat tiga perkara penting sebagai mesej daripada ayat ini iaitu pertama,sikap manusia ketika ia dalam keadaan memerlukan pertololongan,maka ia memohon kepada Allah Taala.Hal ini seperti dijelaskan Allah dalam ayat lain bermaksud” Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan,nescaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia.Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu dari kemudaratan,kamu berpaling.Dan manusia selalu tidak berterima kasih.” –surah al-Isra’,ayat 67.Kedua,sikap manusia ketika ia dalam keadaan selesa dan mewah,dia akan lupa kepada doa dan menujatnya sebelum itu.Hal ini digambarkan Allah dalam firman-NYA yang bermaksud” Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk dan berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya,dia(kembali) melalui(jalannya yang sesat)seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk(menghilangkan) bahaya yang pernahmenimpanya”-surah Yunus,ayat 12.

 

Ketiga,manusia akan menjadikan selain daripada Allah sebagai sekutu bagi Allah,sebagaimana firman Allah dalam ayat lain bermaksud:” Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar dan tidak berterima kasih kepada Tuhannya”-surah al-Aadiyat,ayat 6.

 

Sebagai penutup kepada ayat tadi Allah Taala menegaskan bahawa seluruh kesenangan di muka bumi ini adalah sedikit sekalipun ia berlangsung lama,kehidupan manusia di dunia ini tetap terbatas sekalipun panjang umurnya.Demikianlah tempoh masa hidup dunia berbanding dengan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

 

 

Pintu yang digunakan syaitan mengikut Iman Al-Syafie

 

·       Perasaan marah

·       Nafsu syahwat

·       Perasaan tamak dan dengki

·       Kenyang

·       Cinta kepada perhiasan dan harta benda

·       Bergantung kepada manusia

·       Gopoh gapah dan terburu nafsu

·       Cinta kepada wang ringgit dan emas

·       Kedekut dan bakhil

·       Fanatik mazhab dan kelompok

·       Berfikir berkenaan zat,sifat dan af’al atau perbuatan Allah tanpa ilmu

·       Mudah berburuk sangka terhadap orang Islam.

 

 

 

 

 

 

 

All rights reserved 2006

Faizul Insani Incorporated